Jenaka bersama Sahibussamahah Prof Dr Mustafa Ceric

Saya, Prof Dr Mustafa, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Dr. Farouk Musa
Saya, Prof Dr Mustafa, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Dr. Farouk Musa

Semalam telah diadakan satu syarahan mini mengenai perkembangan pemikiran Islam di rantau Eropa oleh Prof Dr. Mustafa Ceric di kediaman Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Prof Dr Mustafa efendi Cerić dilahirkan pada tahun 1952 di Visoko, Bosnia Herzegovina dan merupakan Mufti Besar (reis-ul-ulema) negara Bosnia-Herzegovina. Beliau pernah berkhidmat sebagai Professor di International Institute of Islamic Thought and Civilization atau lebih dikenali sebagai ISTAC.

Di dalam syarahan tersebut beliau berpendapat terdapat dua aliran pemikiran yang dominan di dalam dunia moden ini. Pertamanya aliran pemikiran sekular dan yang keduanya aliran pemikiran yang diistilahkan sebagai reislamization (pengislamisasian semula). Walau bagaimanapun, pada beliau, aliran pemikiran yang kedua ini sekarang sedang mendapat tempat di hati masyarakat barat khususnya Eropa. Beliau memberikan contoh seperti Turki di mana rakyat jelas menolak faham sekular dan lebih menerima faham “reislamization” yang berasaskan kepada prinsip keadilan dan kebebasan.

Di akhir syarahan, beliau berkongsi satu jenaka. Kata beliau, ada satu cerita hikayat di akhirat nanti yang membabitkan dua orang, satu ke syurga dan satu ke neraka. Yang menarik kata beliau, manusia yang terpilih ke syurga ialah pemandu teksi manakala pendakwah pula ke neraka. Oleh kerana tidak berpuas hati, pendakwah ini bertanya kepada Malaikat. Maka jawab Malaikat, kamu ini memang benar pendakwah dan penceramah tapi bila kamu ceramah ramai yang tidur dan terlelap. Pemandu teksi ini pula kebiasaannya akan memandu teksi dengan laju menyebabkan penumpang akan sering berdoa kepada Allah supaya selamat dalam perjalanan. Justeru, perbuatan pemandu teksi ini telah mendekatkan ramai manusia kepada Allah dan melayakkan beliau mendapat balasan syurga !

Kalau Perdana Menteri Ke 6 agak-agak masuk mana ?

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

One thought on “Jenaka bersama Sahibussamahah Prof Dr Mustafa Ceric”

  1. Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.

    Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

    Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

    Terima kasih.

Tinggalkan komen