Laporan Polis mengenai gangguan dan ugutan yang dilakukan oleh sekumpulan anggota disyaki anggota polis ketika menziarahi Ibu saudara Rosmah Mansor yang dibunuh dengan kejam di Gemencheh

Berita pembunuhan kejam di http://www.mmail.com.my/content/23978-suspect-took-bus-kl

Sdra Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (Naib Ketua AMK Pusat), Ramlan Roes (Exco AMK Pusat) & AJK Cabang Tampin: Md Zam, Sasliza & Abd Talib menziarahi keluarga mangsa bunuh di Kg Batang Rokan

Saya telah mengiringi saudara Abdul Qayyum Abdul Rahman, seorang wartawan Suara Keadilan untuk membuat laporan polis di Ibupejabat Polis Daerah Shah Alam, Seksyen 11 berkenaan gangguan dan ugutan yang beliau terima daripada sekumpulan anggota yang disyaki anggota polis semasa membuat liputan lawatan Angkatan Muda Keadilan Malaysia ke rumah keluarga mangsa pembunuhan kejam di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan pada 10 Januari 2010, jam 3.30 petang. Anggota berkenaan telah memadam semua gambar yang diambil dan mengoyakkan nota berita yang dicatat.

Untuk rekod, keluarga mangsa pembunuhan kejam ini mempunyai hubungan yang rapat dengan Rosmah Mansor di mana salah seorang mangsa pembunuhan iaitu Allahyarhamah Sufiah Katas merupakan emak saudara Rosmah sendiri. Sufiah Katas ialah adik beradik kepada Mansor Katas iaitu bapa Rosmah. Apa yang dikesalkan ialah sehingga hari lawatan AMK, Rosmah Mansor langsung tidak menjengukkan muka menziarahi keluarga emak saudaranya sendiri.

Tindakan “harassment” yang dilakukan kepada wartawan ketika bertugas merupakan tindakan yang memalukan negara apabila kebebasan akhbar yang sepatutnya dijaga dan dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan telah dicabul. Saya menyeru kesemua wartawan terutamanya wartawan media alternatif untuk bersama-sama membentuk solidariti bersama Saudara Qayyum dengan menyatakan protes terbuka kepada pihak polis khususnya Ketua Polis Negara.

Tentunya saya yakin dan percaya bahawa terdapat arahan yang jelas untuk menghalang rombongan ziarah AMK di mana kemudiannya pimpinan AMK diketuai oleh Saudara Khairul Anuar a.k.a Jonah dan Ramlan Roes, Exco AMK telah dihalang untuk masuk ke kawasan rumah. Sekadar bertukar-tukar ucapan takziah diluar pagar. Mungkin Rosmah Mansor sibuk untuk membebaskan salah seorang pelajar yang ditahan di Mesir sehingga terlupa menziarahi keluarga sendiri !

Shamsul Iskandar Mohd Akin

Berikut disertakan laporan polis:

Saya Abdul Qayum bin Abdul Rahman (IC: 850504075593) bekerja sebagai wartawan Suara Keadilan membuat laporan ini kerana bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga selepas diugut orang yang disyaki sebagai anggota polis.

Pada 10 Januari jam 3.30 petang, saya tiba di sebuah rumah di Kampung Rokan, Gemenceh, saya disambut mesra tapi apabila diketahui saya adalah wartawan Suara Keadilan, seorang lelaki dikenali sebagai Muhammad dan beberapa yang lain memaksa saya menyerah kad pengenalan dan mengambil nombor pendaftaran kereta saya.

Beliau turut merampas nota penulisan saya serta rakaman dihapuskan kerana tidak berpuas hati dengan temu bual yang dijalankan bersama seorang wanita yang dikenali Saharah.

Polis menunggu di luar rumah manakala Muhammad mengambil segala pengenalan diri dan dokumen yang dibawa oleh saya tanpa kebenaran saya sendiri.

Polis dan Muhammad mengugut saya dalam berbentuk ancaman mahu mencari saya dan keluarga dengan cara apapun jika temu bual tersebut disiarkan.

Saya membuat laporan ini bertujuan supaya polis mengambil tindakan bagi mengelakkan kejadian diingini berlaku.

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

11 thoughts on “Laporan Polis mengenai gangguan dan ugutan yang dilakukan oleh sekumpulan anggota disyaki anggota polis ketika menziarahi Ibu saudara Rosmah Mansor yang dibunuh dengan kejam di Gemencheh”

  1. Biasalah itu. Kalau agenda kamu sehaluan dengan depa, mungkin dijemput oleh driver untuk ke sana.
    Pasal pelajar di Mesir, tak habih2 siaran di TV dan akhbar. Itulah propaganda depa.Habih nak upah syarikat PR bayar 50M setahun buat apa.
    Salam, dan teruslah berjuang untuk keadilan di negara.

  2. ngapo jadi gitu ya?cubit peha kiri pasti peha kanan pun terasa juga.tinggi mano pun mendonggak kaki totap juga kek bumi berpijak.adat n9 adat pepatih yang bermadah adat bersendikan syarak ,syarak berpaut kek hukum,hukum selaras ngan tuntuntan allah[islam].kek mano dudok diam kau ni rosmah?apo dah tak buleh nyobot nama allah lagi koh!nak tunggu keputusan mahkamah tinggi kau,baru nak jenggok mak saudara dimoncheh.handa kau yo mah hoi!!tak tolot kek adat tak terguris kek undang undang malaya.

  3. Rosmah takut rahsia dia terbongkar.Buat Qayyum tahniah atas keberanian anda menulis kebenaran. Untuk Shamsul AMK anda merupakan pemimpin muda bagi rakyat macam aku teruskan usaha menjehanamkan UMNO dan BN.Aku bersama keadilan dan kebenaran.Chey Anak Malaya.

    1. Jangan cuba menjahanamkan orang ,yang akan jahanam belum tahu.Hadir tak hadir itu hak dia.Jangan pula kita jadi mata-mata yang tak begaji dan jaga hal orang lain.Tengok dulu kain siapa yang koyak.Ketua anda dah mengelabar.Bersumpah takut.Pemimpin apa ni? Kalau ikut trek record tiada apa kelebihan cuma pandai cakap yang berbelit-belit sehingga pengikut yang dungu pun terbelit.

    2. Tadi kawan saya bagitau nampak dato & datin seri pegi umrah. Tiba-tiba dah ada kat sane.

      Kawan saya ni dah pernah pegi haji & umrah. Dia perhatikan rakaman tersebut. Tapi yang dia pelik, datin seri tak buat ‘istilam’ semasa keadaan yang sepatutyna dia kena buat di sudut pancaran emas. (maafkan sebutan kalau salah term). Mungkin terlalu bz memikirkan keadaan di Malaysia atau tak sempat nak belajar, dah kena pegi umrah sebab biasanya orang yang pegi umrah akhir-akhir zaman ni ada 4 sebab lain, selain yang betul-betul ikhlas (berdasarkan hadis nabi).

      Ibadah dengan ikhlas, walaupun sedikit.

      Sekadar ingatan sesama kita termasuk yang empunya diri.

  4. Asalamualaikum

    Boleh kah
    bukan Islam
    menyanyi lagu
    kebangsaan
    7 negeri ini
    yang
    menyebut
    nama Allah ?, Kedah, Kelantan, Pahang, Terengganu, Johor, Perak dan Selangor.

  5. Rosmah malu mengaku mak saudaranya sebab tinggal dalam kebun getah .

    Pada hakikatnya memang Rosmah mansot tidak pernah pergi kerumah mak saudara nya semasa di perak mahu pun di negeri sembilan .

    Bapak Saudara Rosmah Mansor di Rembau pun dah tak pergi lagi sampai sekarang . Mustafa Katas

    Mak saudara di ipoh pun dah tak jejak lagi – Maimuhah Katas.

    Rosmah Mansor sanggup pergi melawat orang lain dari saudaranya sendiri .

    Ini terjadi apabila saudara terdekat Rosmah tidak hadir pada doa selamat Arwah Hajjah Fatimah .Sebab nya dia tidak pernah hadir apa jua dalam keadaan sekali pun kenduri atau doa selamat ,tahlil pada saudaranya sendiri .

    Sebab sudah bernikah dengan Najib Tun Razak dengan alasan sibuk

  6. Entah la..manusia memang tak tau bersyukur..yang dok merapu dalam blog ni pun apa kurangnye.. kaya raya hasil dari kemakmuran negara yang di pimpin oleh parti yang korang kutuk gila22 tu,tapi konon nya membela rakyat…pi la derma banyak2 sikit harta korang..nape?sayang sangat harta dunia?

  7. Salam,

    1. Akhbar mainstream pro BN/Umno.
    2. Akhbar alternatif pro PKR/Keadilan.
    3. Sorang tunjuk sana, yang sana tunjuk pula sini.
    4. Yang suka komen dalam blog pula suka guna bahasa kasar. Suka juga dedah peribadi orang lain.
    5. Ini amalan tak baik.

    Muhasabah diri sendiri ok.

Tinggalkan komen