Gempur Johor! PKR Sudah Bersedia!

Dari Keadilan Daily

23 November 2011

Azmin: KEADILAN sedia rempuh kubu Umno termasuk di Johor

KUALA LUMPUR 23 Nov: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, KEADILAN sudah bersiap sedia untuk menembusi negeri yang dikatakan kubu kuat Umno termasuk di Johor.

Katanya, pemilihan Johor sebagai tuan rumah bagi Kongres KEADILAN Nasional yang bakal berlangsung Jumaat ini merupakan isyarat jelas kepada Umno-Barisan Nasional.

“Ini merupakan satu signal kepada Umno dan Kerajaan Barisan Nasional bukan saja di Johor malah seluruh negara bahawa KEADILAN sudah bersedia untuk menembusi kubu-kubu umno termasuk negeri Johor,” katanya ketika ditemui wartawan.

Menurut Azmin, KEADILAN dan Pakatan Rakyat komited dalam memberikan pilihan yang terbaik kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum akan datang.

“KEADILAN dan Pakatan mampu mengangkat bangsa Malaysia tanpa mengira kaum dan ini dapat dilaksanakan sekiranya kita diberi peluang bagi menawan Putrajaya kelak,” kata beliau.

Sementara itu Ahli Parlimen Gombak itu mengecam tindakan Umno dan BN yang menggunakan pelbagai cara untuk menggagalkan Kongres yang bakal diadakan 25 November ini.

“Terdapat beberapa pihak pembekal yang telah pun bersetuju untuk membekalkan barangan dan peralatan namun membatalkannya ekoran tekanan diberikan oleh umno

“Namun saya ucapkan tahniah kepada Setiausaha Agung KEADILAN dan sekretariat ibu pejabat yang memberikan penuh tenaga dalam kongres yang akan datang.”

“Setakat ini kita dapat menyelesaikan masalah dan saya percaya kita dapat meneruskan kongress ini dalam suasana yang teratur seperti dirangcang,” katanya lagi.

Kelmarin, Pengarah Operasi Pejabat Setiausaha Agung KEADILAN, Sharifah Shahidah mendakwa wujud usaha pihak tertentu untuk menggagalkan Kongres tersebut berikutan petugas parti dihalang memasang banner berkaitan kongres di sekitar kawasan kongres bakal berlangsung.

Selain itu, katanya pihak yang dilantik menguruskan pentas ‘turut ditekan pihak tertentu’ dan tindakan itu bertentangan dengan kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman sebelum ini yang memberi jaminan tidak akan ada sebarang gangguan terhadap penganjuran kongres berkenaan.


—Keadilan Daily

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

Tinggalkan komen