PPSMI Bukan Penentu Kemajuan Negara

Dari HarakahDaily

1 November 2011

Azmin: PPSMI tidak jamin Malaysia jadi negara maju

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak menjamin negara ini maju.

“Dasar Kerajaan Umno ni bila ada menteri baru datang, ada saja dasar baru dan cara sedemikian akan merosakkan masa depan anak bangsa kita. Dari awal lagi kita sudah menegaskan bahawa dasar ini sebenarnya tidak akan menjamin Malaysia menjadi sebuah negara maju.

“Negara maju seperti Jepun, Korea dan Jerman juga tidak mengajar teknikal subjek dalam inggeris malah mempertahankan bahasa ibunda mereka,” jelasnya yang ditemui di parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Gombak itu juga memberitahu terdapat satu kajian oleh Unesco bahawa untuk menjadi sebuah negara maju dalam bidang industri teknologi sains, maka mata pelajaran perlu diajar dalam bahasa ibunda.

Azmin turut membidas pimpinan Umno sekali lagi tidak langsung mahu buat sebarang rujukan bincang tentang perlaksanaan dasar PPSMI dan akhirnya tujuan untuk mewujudkan kontrak-kontrak bagi kroni-kroni mereka.

“Perlaksanaan dasar dalan negara sentiasa dibuat tergesa-gesa tanpa perbincangan menyeluruh terutamanya dengan pihak yang mempunyai kepakaran,” ujarnya.

Menurutnya dasar itu dibuat tanpa perancangan yang teratur sebagai contoh guru-guru masih lagi tidak cekap dan tidak dihantar utk melatih lebih awal serta buku-buku teks yang tidak disiapkan.

Mengulas tentang Persatuan Ibu Bapa Pendidikan Malaysia (Page) yang tidak bersetuju dengan pemansuhan dasar tersebut, Azmin memberitahu kerajaan perlu berbincang dengan badan tersebut agar mereka lebih memahami dan menerima perlaksanaan tersebut.

“Saya kira kementerian mesti bertanggungjawab untuk bertemu dengan semua pihak dalam mencari jalan penyelesaiannya. Ini kerana sebarang perancangan dasar mestilah dibuat secara terperinci dan tidak tergesa dan bukan kerana kepentingan politik tetapi kepentingan anak bangsa,” sambungnya lagi

Azmin memberitahu setiap pihak mesti hormati pandangan mereka namun jika perancangan ini dibuat dari awal, supaya ada pertimbangan bagaimana dasar-dasar baru hendak dilaksanakan dan beliau pasti setiap pihak mesti akan bersetuju.

—Harakah Daily

Pengarang: Shamsul Iskandar

YB Datuk Seri Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya (Dikenali Parlimen Bukit Katil sebelum ini) (2013-kini) Mantan Timbalan Menteri Industri Utama (2018-2020) Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia (2018-kini) Mantan Naib Presiden KEADILAN (2014-2018) Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (2007-2014)

One thought on “PPSMI Bukan Penentu Kemajuan Negara”

  1. Di negara Jerman, terdapat institusi2 pengajian tinggi yg terunggul di dunia, yg mengajar perubatan dan kejuruteraan dalam bahasa Jerman. Justera adalah wajar bagi pelajar2 Jerman belajar matematik dan sains dari sekolah rendah hingga ke sekolah menenggah dengan B.Jerman. Begitu juga dengan pelajar2 di negara Jepun. Mereka belajar dalam bahasa ibunda semasa kecil dan mereka belajar sains dalam bahasa ibunda di universiti juga. Di Jerman dan Jepun bahan bahan bacaan adalah serba mencukupi utk pelajar pelajar ini mencedok ilmu.
    Bagaimana kita, boleh kah kita belajar kejuteraan atau pun perubatan di universiti2 yg terunggul di dunia dalam Bahasa Malaysia. Negara kita tidak ada universiti terunggul yg berada dalam ranking keatas 100. Buku buku perubatan dan kejuruteraan juga tidak mencukupi. Boleh kah kita bina tamaddun yg maju seperti Jerman dan Jepun sekira nya buku buku sains dalam Bahasa Malaysia tidak mencukupi.
    77% institusi pengajian tinggi dalam ranking ke 100 – berada di negara yg bertutur dalam bahasa Inggeris. Lebih dari 90% hasil kajian yg di papar dalam journal sis datang dari institusi pengajian tersebut.
    Sekira nya kita mahu Universiti berada dalam ranking dunia yg terbilang, maka universiti2 perlu membawa masuk professor2 yg terkenal dari meratat dunia utk mengajar dan juga buat kajian yg berimpak tinggi. Kebanyakan prof2 yg terkemuka tidak buat kajian dalam B. Malaysia. Kebanyakan mereka ajar dan buat kajian dalam Bahasa Inggeris. Selain dari itu universiti2 di seluruh dunia juga buat kaloborasi dalam berbagai bidang – impama nya buat kaloborasi buat vaksin dengan universiti Maryland. Boleh kah kita buat kaloborasi dengan Universiti Maryland dengan Bahasa Malaysia.
    Sehingga kita sudah mantap dalam penguasaan ilmu dan sudah mula mencipta ilmu adalah wajar bagi pelajar pelajar kami belajar matematik dan sains dengan bahasa yg mempunyai kandungan ilmu yg terbanyak – bahasa itu ialah Bahasa Inggeris.
    Kami yg pro ppsmi minta pelajaran matematik dan sains di ajar dalam Bahasa Inggeris sebagai opsyen. Kita tidak bantah pelajar2 yg mahu belajar dengan bahasa ibunda iaitu Melayu, Cina, dan Tamil. Kami minta PKR supaya sonkong kami belajar pelajaran tersebut dalam B. Inggeris.
    Kebanyakan kami yg mahu PPSMI tidak gembira dengan kerajaan
    BN tapi kami juga tidak gembira dengan PR kerana tidak sokong PPSMI sebagai opsyen.
    Terima Kasih.
    TSNG

Tinggalkan komen